Pasang sebagai App
Pasang App YoyiParcel
YoyiParcel boleh dipasang pada telefon anda seperti aplikasi biasa — tanpa perlu muat turun dari App Store atau Play Store. Selepas dipasang, anda boleh buka terus dari home screen dan track parcel dengan lebih pantas.
Muat Turun App Android (APK)
Fail rasmi YoyiParcel · 10.3 MB
Muat Turun APK
- 1Tekan butang di atas untuk muat turun fail APK.
- 2Buka fail tersebut. Jika Android bertanya, benarkan “Install unknown apps” untuk pelayar / pengurus fail anda.
- 3Tekan Install, kemudian Buka app YoyiParcel.
Versi ini untuk kegunaan sementara sebelum app diluluskan di Google Play.
iPhone / iPad (Safari)
iOS 14 ke atas
- 1Buka yoyiparcel.com menggunakan pelayar Safari (bukan Chrome / Facebook).
- 2Tekan butang Share (petak dengan anak panah ke atas) di bahagian bawah skrin.
- 3Skrol ke bawah dan pilih “Add to Home Screen” / Tambah ke Skrin Utama.
- 4Tekan “Add” di sudut kanan atas. Ikon YoyiParcel akan muncul di home screen anda.
Android (Chrome)
Chrome, Edge atau Samsung Internet
- 1Buka yoyiparcel.com menggunakan pelayar Chrome.
- 2Jika muncul banner “Pasang App YoyiParcel” di bawah, tekan Pasang Sekarang. Jika tiada banner, teruskan ke langkah 3.
- 3Tekan ikon menu ⋮ di sudut kanan atas Chrome.
- 4Pilih “Install app” atau “Add to Home screen”, kemudian tekan Install.
- 5Ikon YoyiParcel akan muncul di home screen dan menu aplikasi anda.
Komputer (Chrome / Edge)
Windows, macOS, Linux, ChromeOS
- 1Buka yoyiparcel.com di Chrome atau Microsoft Edge.
- 2Cari ikon “Install” di hujung kanan address bar (seperti monitor dengan anak panah ke bawah).
- 3Tekan ikon tersebut, kemudian pilih Install. Tetingkap YoyiParcel akan terbuka sebagai app berasingan.
Tips: Selepas dipasang, anda boleh log masuk sekali sahaja dan sesi anda akan disimpan. Untuk kemas kini kepada versi terbaru, buka semula app — ia akan auto refresh secara automatik.